Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Palestin Tolak Sambung Rundingan Ekplorasi Dengan Israel

Selasa , 14-02-2012 – Pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat menyatakan bantahannya untuk meneruskan “rundingan eksplorasi” dengan Israel dan menegaskan bahawa “langkah untuk cuba meyakinkan” yang diusulkan oleh Duta Kuartert, Tony Blair kepada Israel tidak mencukupi, lapor Rangkaian Berita Palestin (PNN).

Hussein Ash-Sheikh, ahli Jawatankuasa Pusat Pergerakan Fateh Presiden Mahmoud Abas memberitahu Radio Palestin bahawa cadangan Blair adalah ” tidak masuk akal” . Beliau menambah bahawa Presiden Abbas menyatakan kepada Duta Amerika, David Hale pada rabu lepas bahawa cadangan tersebut tidak mencukupi bagi menarik rakyat Palestin untuk memulakan kembali rundingan dengan Israel.

Blair mencadangkan supaya Israel membenarkan Pihak Berkuasa Palestin untuk membuka beberapa Balai Polis Palestin di kawasan yang di klasifikasikan sebagai kawasan “B” dibawah Perjanjian Damai Oslo, sekaligus memberikan kebebasan kepada Pihak Bekuasa Palestin mengawal keadaan sivil di kawasan tersebut.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon