Categories
Berita Semasa

Resheq: Deklarasi Doha satu jalan keluar dari kebuntuan

Rabu , 15-02-2012 – Anggota Biro Politik Hamas, Izzat al-Resheq berkata bahawa perjanjian yang menamakan Mahmoud Abbas sebagai Presiden sementara disamping jawatan sedia adanya sebagai Ketua Pihak Berkuasa Palestin (PA) merupakan satu penyelesaian yang menyenangkan selepas perbincangan ke arah perpaduan dalaman menemui jalan buntu.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari Rabu, Resheq menafikan bahawa para pemimpin Hamas terbahagi dua berhubung Deklarasi Doha. Menurut beliau, ia merupakan satu jalan keluar kepada perbincangan ke arah perpaduan Palestin yang menemui jalan buntu.

“Kami telah menandatangani perjanjian perpaduan dengan Fatah pada Mei tahun lalu, tetapi proses menguruskan fail-fail berbeza jauh lebih mudah berbanding aspirasi rakyat Palestin kerana kegagalan untuk sepakat menentukan siapakah yang layak menjadi Presiden adalah satu cabaran besar bagi pembentukan sebuah negara,” kata seorang pegawai politik Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa