
Khamis, 16-02-2012 – Pada petang Isnin, mahkamah ketenteraan Israel memutuskan untuk tidak membebaskan pemimpin Jihad Sheikh Khader Adnan yang telah menjalani mogok lapar selama 58 hari.
Peguam Jawad Bulous berkata, keputusan itu telah dijangka berdasarkan pengalaman-pengalaman pahit dengan mahkamah tentera sebelum ini, beliau menambah, “kami sentiasa pergi ke mahkamah tentera dengan tidak meletakkan harapan.”
Tiada keadilan langsung di dalam keputusan yang tidak mengambilkira keadaan kesihatan tahanan, Adnan yang sedang menghadapi kematian, kata Bulous.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati