
Khamis, 16-02-2012 – PM Palestin, Ismail Haniyah telah bertemu dengan Presiden UAE, Syeikh Khalifah ben Zaed Alu Nahyan. Turut hadir ialah PM UAE, Syeikh Muhammad bin Rashid Alu Maktum, serta Menteri Kehakiman. Beberapa persoalan telah dibincangkan dalam pertemuan itu terutamanya masa depan Palestin, rekonsiliasi nasional, persoalan al-Aqsa dan tawanan rakyat Palestin di penjara Israel. Haniyah turut berkongsi pengalaman menguruskan kesulitan di Gaza dengan pelbagai halangan oleh Zionis.
Syeikh Khalifah komited akan terus membantu Palestin dan bersama membebaskan bumi dari sebarang cengkaman Zionis.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Umair