Categories
Berita Semasa

Jentolak Milik Israel Musnahkan Taman Permainan di Silwan

Selasa, 21-02-2012 – Jentolak-jentolak milik Israel dari Majlis Perbandaran Jerusalem telah memusnahkan sebuah taman permainan pada pagi hari Isnin, dikawasan Wadi Hilweh, Silwan, Timur Jerusalem, dan khemah rusuhan di Silwan juga telah dikeluarkan.

Wakil-wakil yang digelar sebagai Penguatkuasa “Taman Asli”, disertai oleh pegawai-pegawai perbandaran, menceroboh kawasan tersebut dan mengarahkan agar jentolak-jentolak itu memusnahkan taman permainan itu, laporan dari sumber-sumber tempatan.

Selain itu, pihak perbandaran juga telah mengeluarkan kem rusuhan yang didirikan oleh penduduk asal Palestin di Silwan pada tahun 2007 bertujuan untuk membantah pengambilan rumah warga Palestin secara haram oleh kumpulan-kumpulan pelampau yang membiayai aktiviti-aktiviti penempatan haram Israel.

sumber : IMEMC News
penterjemah : amsyar