
Selasa, 21-02-2012 – Menurut kumpulan KAIROS Canada dalam satu kenyataannya dipetik berkata kerajaan Kanada boleh memainkan peranan yang positif di Timur Tengah dengan mendesak Israel menyambung semula perbincangan damai dengan rakyat Palestin.
“KAIROS: Ecumenical Justice Initiatives Kanada percaya yang kerajaan Kanada boleh memainkan satu peranan yang positif di rantau ini dengan mendesak kerajaan Israel menyokong perbincangan damai yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa. Ini termasuk sokongan Kanada baru untuk konsensus antarabangsa lama wujud bahawa satu negara Palestin ditubuhkan dalam sempadan-sempadan pra 1967,” dalam kenyatannya.
Kumpulan ini turut menyatakan yang Kanada harus menghormati kewajipan-kewajipan antarabangsa dengan menggunakan lebih banyak usaha membawa dua pihak kembali ke rundingan-rundingan dengan mengemukakan dalam rangka kerja undang-undang antarabangsa,ini bakal menunjukkan yang Kanada dengan rasminya menyokong penyelesaian dua-negeri berdasarkan undang-undang sempadan-sempadan pra 1967.
sumber : IMEMC News
penterjemah : nasir bravo