Categories
Berita Semasa

Meskipun Berlaku Pemotongan Tempatan, A.S. Memberikan Bantuan Kepada Israel Sehingga $25 Juta Dalam Perancangan Belanjawan

Selasa, 21-02-2012 – Satu penelitian terhadap unjuran belanjawan A.S. yang dikemukan oleh Presiden Barack Obama kepada Kongres A.S. minggu ini menunjukkan bahawa walaupun berbilion dolar akan dipotong daripada program tempatan dan ketenteraan A.S., bantuan tahunan kepada Israel tidak terjejas, dan hal ini termasuk peningkatan $25 juta sejak tahun yang lepas.

Pada tahun lepas, kerajaan A.S. memberikan $3.075 bilion ketika bantuan tanpa had kepada Israel, dan unjuran belanjawan untuk tahun ini merangkumi $3.1 bilion. Bantuan ini diberikan sebagai tambahan kepada sekitar $ 3 bilion dalam jaminan pinjaman, yang mana, tidak seperti pinjaman-pinjaman lain, pinjaman ini tidak perlu dibayar balik.

Pemotongan dalam belanjawan Kongres ini termasuk pemotongan 18% bantuan kepada bekas republik Soviet di Eropah Timur, semuanya mempunyai GDP yang lebih rendah daripada Israel. Malah, Israel adalah satu-satunya negara yang menerima bantuan A.S. yang berada di atas peratusan ke-50 dari segi ekonomi – Israel berada pada kedudukan yang paling kaya satu pertiga daripada negara-negara di dunia.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas