Selasa, 21-02-2012 – Sumber media Palestin memberitahu bahawa lapan warga Palestin telah diculik semalaman di seluruh kawasan pendudukan Tebing Barat.
Tentera Israel telah menahan seorang lelaki dirumahnya diperkampungan Salem, Timur Nablus. Askar-askar Israel memecah masuk ke rumah Abdul Rahman Eshtayeh, 22, yang merupakan seorang penuntut di Universiti Al-Najah, Nablus, dan menculiknya.
Dua beradik lagi telah diculik di Tubas, berdekatan Jenin. Kedua-dua mereka telah dikenal pasti sebagai Musharaf dan Ashraf Abu Salama. Dalam pada itu, tentera Israel telah menculik tiga orang warga Palestin di Hebron, bahagian selatan Tebing Barat. Mangsa-mangsa penculikan dikenali sebagai Mohannad Juneidi, Hamdan Taha yang berasal dari Hebron dan Haiyel at-Til, 57 tahun dari bandar berdekatan, Al-Thahriyeh.
sumber : IMEMC News
penterjemah : amsyar