
Selasa, 21-02-2012 – Beberapa pemuda di Baitulmaqdis bertembung dengan tentera Israel di kem pelarian
Shufat Selasa lalu ketika tentera Israel tersebut cuba untuk menangkap seorang lelaki di dalam kem.
Sumber-sumber tempatan berkata bahawa pertempuran meletus selepas satu unit tentera Israel cuba untuk menangkap seorang lelaki berhampiran sekatan jalanraya Shufat. Mereka berkata bahawa askar-askar tersebut melepaskan gas pemedih mata manakala anak-anak muda melontar batu dan botol kosong pada mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : husna