
Selasa, 06-03-2012 – Gerakan Hamas menyatakan salah satu langkah penting bagi menjayakan perjanjian damai antara Palestin, bagi Kaherah dan Doha adalah dengan menamatkan penangkapan politik terhadap orang awam yang dijalankan oleh pasukan keselamatan pemusuh Fatah di Tebing Barat.
” Pasukan Keselamatan Abbas di Tebing Barat tidak pernah berhenti dengan amalan menculik dan menangkap ini, 43 rakyat Palestin ditahan sepanjang Februari dikenakan penderaan psikologi dan fizikal yang amat teruk Pihak Keselamatan Ababas juga enggan melepaskan mereka sebagai mematuhi perintah kehakiman,” nyata pejabat media Hamas dalam laporan yang merangkumi pelbagai pencabulan dilakukan bulan lalu oleh agensi-agensi keselamatan pihak berkuasa Palestin.
Laporan tersebut menyatakan bahawa empat tahanan politik ini telah mengadakan mogok laparan sejak dari bulan lepas dan akan terus berbuat demikian sehingga pihak berkuasa Palestin dan agensi-agensi keselamatannya menamatkan penahanan tidak berasas ini.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah