Categories
Berita Semasa

Aruri: Semua tahanan Palestin akan mogok lapar pada April

Selasa, 06-03-2012 – Ahli biro politik Hamas dan urusan maklumat tahanan berkata, para tahanan Palestin sedang bersedia untuk melancarkan mogok lapar pada April.

Aruri berkata, dalam satu kenyataan pada petang Sabtu bahawa Hamas telah menggariskan 5 syarat untuk memperbaiki keadaan tahanan termasuk menghentikan hukuman pengasingan, membenarkan lawatan keluarga, memperbaiki keadaan kehidupan di dalam penjara dan wad serta membenarkan akhbar di dalam wad.

“Kami sentiasa berhubung dengan penaja rundingan pertukaran tahanan untuk memperbaiki keadaan mereka namun rejim Israel sentiasa melanggar janji mereka,” Aruri berkata.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati