
Selasa, 06-03-2012 – Pihak berkuasa rejim Zionist (IOA) telah menolak permohonan sebuah pasukan perubatan untuk memeriksa keadaan kesihatan seorang tahanan yang mogok lapar, Hana’a Shalabi.
Jawatankuasa banduan Palestin berkata bahawa satu pasukan yang mengumpulkan doktor-doktor tempatan dan antarabangsa telah merancang untuk memeriksa tahanan di penjara Hasharon. Jawatankuasa itu berkata bahawa pasukan tersebut telah ditubuhkan selepas IOA enggan membenarkan pemeriksaan kesihatan ke atas Shalabi atau untuk memindahkan beliau ke hospital selepas 18 hari mogok lapar walaupun menderita sakit dan kehilangan berat badan yang mendadak dalam tempoh beberapa hari lepas.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul