Categories
Berita Semasa

Tahanan di Penjara Keamanan Abbas Terus Diseksa

Selasa, 06-03-2012 – Keluarga mangsa tahanan politik pihak keamanan Abbas di kota Duro di selatan Hebron, Mahmun Muhammad Sulaiman (21), menyeru badan-badan hak asasi manusia dan jawatankuasa Kebebasan, untuk bertindak membebaskan anaknya yang diseksa, diasingkan dan dirantai di penjara keamanan Abbas sejak 22 Februari lalu.

Sumber dekat dengan mangsa menyebutkan, ibu mangsa berjaya mengunjunginya hari Sabtu (3/3), selama 5 minit saja, dan menegaskan bahawa anaknya mengalami penyeksaan dan yang teruk.

Ibu mangsa menambah bahwa anaknya menemuinya dalam keadaan yang lemah dan menyedihkan . Mangsa mengatakan selama berhari-hari di tahanan beliau mengalami pelecehan dan penyeksaan keras ketika cuaca musim dingin sekarang di kawasan tersebut.

Ibu mangsa mengatakan bahawa pihak keamanan Abbas menuduh mangsa telah mengajar anak-anak di dalam masjid. Pihak keamanan juga melarang ibu mangsa membawa pakaian ketika mengunjunginya.

sumber : COMES
penterjemah : Osman