
Isnin , 12/03/2012 – Satu symposium pelajar Yahudi, yang diadakan di salah sebuah universiti di AS baru-baru ini yang bertujuan membaiki imej negara haram Israel yang tercalar, tiba-tiba bertukar menjadi demonstrasi yang menyatakan sokongan terhadap penduduk Palestin dan ‘penjara terbuka’ Gaza.
Menurut akhbar Jerusalem Post keluaran Isnin lalu, sebuah kumpulan pelajar Yahudi yang menggelar diri mereka “berdiri bersama kami” dari Universiti Davis, California, telah menjemput 2 orang tokoh Zionis, salah-seorangnya merupakan seorang tentera rejim Zionis manakala seorang lagi adalah wanita Druze. Kedua-duanya dijadualkan memberi ucapan menyokong negara haram Israel dan polisi-polisinya. Tetapi kedua-duanya telah diganggu oleh para hadirin dan lebih daripada 40 orang hadirin mula meninggalkan dewan.
Lebih dari separuh hadirin melaungkan slogan menentang rejim Zionis manakala sebahagian daripada mereka melayangkan bendera Palestin. Para hadirin melaungkan soalan seperti “Berapa ramai wanita telah kamu rogol?” dan “Berapa ramai kanak-kanak telah kamu bunuh?” dengan jeritan yang kuat, merujuk kepada kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas penduduk Palestin. Para peserta turut menuntut sekatan ke atas Gaza ditamatkan dan menghukum penjenayah Perang Israel. Slogan-slogan itu dilaungkan selama kira-kira 15 minit.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa