Categories
Berita Semasa

Israel melanjutkan tahanan pentadbiran terhadap Abu Tir

Isnin , 12/03/2012 – Sebuah mahkamah tentera Israel telah memperbaharui penahanan pentadbiran terhadap ahli parlimen Palestin, Mohamed Abu Tir, yang telah dibuang negeri secara paksa dari kampung halamannya, Baitulmaqdis ke bandar Ramallah pada Isnin lepas.

Kesatuan Perubahan dan Reformasi Parlimen Hamas berkata ini merupakan kali kedua Mahkamah Tentera Oenjara Ofer telah melanjutkan penahanan Abu Tir selama enam bulan. Rejim Pendudukan Israel membuang Abu Tir, 60, ke Ramallah pada bulan Disember 2010 selepas merampas kad pengenalan Baitulmaqdisnya hanya kerana beliau mewakili Hamas di Majlis Perundangan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syafiqah