Categories
Berita Semasa

Perbicaraan Mahkamah Israel terhadap Ibu 3 Anak

Isnin , 12/03/2012 – Seorang wanita Palestin, Mufika Al-Qawasmi yang telah diculik baru-baru ini dari rumahnya di Al-Khalil, akan dibicarakan pada hari Isnin di Mahkamah Tentera Penjara Ofer, lapor keluarganya.

Keluarga beliau menyatakan bahawa pasukan Israel menculik Mufika dari rumahnya di kejiranan Al-Jura Ras di bandar Al-Khalil dua minggu lalu. Penculikan tersebut bertujuan untuk memberi tekanan kepada suaminya, Ihab Al-Qawasmi yang telah dipenjarakan beberapa hari sebelum itu supaya mengaku terhadap tuduhan ke atasnya.

Mufika merupakan seorang ibu kepada tiga anak itu, serta suaminya adalah saudara kepada dua pejuang Palestin yang menjalankan operasi komando di bandar Al-Khalil tujuh tahun lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syafiqah