Categories
Berita Semasa

Rafah sedia terima bahan api dari Mesir

Isnin , 12/03/2012 – Jabatan tenaga dan sumber asli Gaza berkata ia sudah selesaikan prosedur teknikal untuk menerima bekalan bahan api melalui kawasan sempadan Rafah mengikut perjanjian yang ditandatangani sisi Mesir.

Jurucakap jabatan itu, Ahmed Abul Amrin berkata secara teknikal semua sudah bersedia untuk menerima bahan api diesel Mesir di Rafah dan pihak berkuasa sedang menunggu Mesir untuk memenuhi apa yang telah dipersetujui bersama.

Jurucakap itu, bagaimanapun, berkata pihak berkuasa Gaza tidak mempunyai sebarang idea apabila Mesir akan mula melaksanakan perjanjian itu dan menyediakan loji janakuasa Gaza dengan keperluan bahan api.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz