Isnin , 12/03/2012 – Pasukan pendudukan Israel (IOF)telah menceroboh utara Gaza pada hari Rabu dan menyekat laluan Beit Hanun (Erez) semasa operasi tersebut, ujar sumber-sumber tempatan. Mereka menyatakan kepada Quds Press bahawa tentera-tentera telah memasuki Gaza melalui laluan Beit Hanun (Erez) selepas menutup laluan tersebut. Seterusnya pasukan tersebut mara kira-kira 250 meter dalam kawasan Palestin.
Mereka berkata bahawa tentera telah meratakan timbunan pasir dan halangan dalam kawasan perindustrian tinggalan di situ, serta laluan tersebuta dibuka semula selepas pengunduran pasukan IOF.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syafiqah