Categories
Berita Semasa

Ketua FIOE, Bin-Makhlouf gesa usaha yang bersungguh untuk pertahankan Jerusalem dan Aqsa

Isnin , 12/03/2012 – Ketua Persekutuan Organisasi-oganisasi Islam Eropah (FIOE), Shakib Bin-Makhlouf menggesa lebih banyak usaha dijalankan untuk melindungi Jerusalem yang telah dirampas dan juga Masjid Al-Aqsa daripada ancaman pendatang haram Yahudi.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa lalu, Bin-Makhlouf menegaskan bahawa pendirian menyokong tempat-tempat suci umat Islam dan penganut Kristian di wilayah Arab, Jerusalem, yang diambil oleh pelbagai pihak dalam dunia Islam mesti diterjemahkan melalui tindakan supaya keganasan rejim Zionis di wilayah terbabit mampu dibendung.

Beliau turut mengesahkan bahawa komuniti Muslim di Eropah menyokong keadilan ditegakkan di Jerusalem dan memaklumkan bahawa FIOE telah memutuskan untuk menubuhkan Yayasan Eropah khusus untuk menangani isu-isu Jerusalem.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa