Categories
Berita Semasa

Abbas Bersetuju Untuk Mengepalai Kerajaan Sementara

Isnin, 19-03-2012 – Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengumumkan pada Rabu lalu bahawa Presiden Mahmoud Abbas bersetuju untuk menjadi ketua kerajaan sementara Palestin yang akan untuk beberapa bulan, sehingga pilihan raya baru diadakan.

PLO mengatakan bahawa kerajaan sementara yang baru akan menjadi sebuah kerajaan teknokrat, dan mempunyai tugas utama mengawasi pilihan raya umum dan presiden.

Tambahan pula, PLO mengatakan bahawa Abbas menekankan kepentingan untuk meneruskan semua perbincangan dengan negara-negara Arab dan antarabangsa untuk menjamin kesinambungan proses damai dengan Israel selagimana proses ini didasari menghentikan semua aktiviti penempatan Israel, dan menerima sempadan 1967 (Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan kediaman Timur baitulmaqdis) sebagai asas penyelesaian dua negara.

Jawatankuasa Eksekutif mengatakan bahawa semua usaha di peringkat antarabangsa, terutamanya mereka yang berada dalam Majlis Keselamatan dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mesti teruskan sepertimana Israel terus-menerus melanggar undang-undang antarabangsa dengan serangan berterusan, dan pembinaan penempatan yang berterusan dan pengembangan di Jerusalem dan Tebing Barat.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas