Selasa, 20-03-2012 – Pejabat Media Pertubuhan Waed bagi Tahanan dan Bekas Tahanan melaporkan bahawa tahanan Palestin di penjara Israel dan kem tahanan merancang untuk mengisytiharkan mogok lapar terbesar secara terbuka pada April ini.
Pertubuhan itu juga menyatakan, tahanan akan mengumumkan tarikh sebenar yang akan menandakan permulaan mogok sejurus sebelum mogok tersebut bermula. Mereka menjangkakan, tentera Israel akan mewujudkan langkah berjaga-jaga dan juga serangan bagi menggagalkan mogok tersebut.
Berdasarkan jangkaan dan pengalaman yang dilalui sebelum ini, tentera Israel akan memindahkan berdozen tahanan daripada satu tempat ke tempat lain serta menempatkan tahanan dalam bilik kurungan pengasingan.
sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon