Categories
Berita Semasa

Ashrawi: “Israel Melaksanakan Hukuman Yang Menyalahi Undang-undang

Isnin, 19-03-2012 – Anggota Jawatankuasa Eksekutif Organisasi Pembebasan Palestin (PLO), Dr. Hanan Ashrawi, menyatakan pada hari Sabtu lalu bahawa Israel sedang melakukan jenayah dan pembunuhan yang menyalahi undang-undang terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, dan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sedang membuat provokasi tambahan untuk menjejaskan kestabilan rantau itu, dan untuk menimbulkan kemarahan rakyat Palestin bagi tindak balas lanjut.

Dr. Ashrawi mengatakan bahawa serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, dan berpuluh-puluh mangsa, termasuk kanak-kanak, melanggar Undang-undang Antarabangsa, dan semua resolusi kesahihan antarabangsa.

Beliau menambah bahawa “apa yang berlaku di Gaza merupakan satu lagi usaha Israel untuk campur tangan dalam urusan dalaman Palestin bagi menghentikan perdamaian Palestin”, dan bahawa “Netanyahu sedang mencari populariti untuk pilihan raya Israel akan datang”.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas