Selasa, 20-03-2012 – Beberapa pesawat pejuang Israel telah melancarkan dua serangan udara ke atas Semenanjung Gaza pada waktu subuh, Khamis lepas namun tiada kecederaan dilaporkan, kata sumber tempatan. Wartawan PIC melaporkan bahawa pesawat pejuang Israel telah melepaskan peluru berpandu ke arah sebuah kawasan terpencil di bahagian timur pinggir bandar Zaitun yang terletak di bandar Gaza. Pesawat tersebut turut mensasarkan peluru berpandu ke arah sebidang tanah terbuka di timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.
Pesawat pejuang Israel masih terbang di ruang udara kawasan persisiran dan dalam masa yang sama agensi-agensi keselamatan Palestin mengosongkan semua bangunan keselamatan berikutan jangkaan terhadap sebarang serangan udara.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah