Categories
Berita Semasa

Kematian kanak-kanak meningkatkan jumlah kematian kepada 26 orang

Selasa, 20-03-2012 – Jumlah mangsa Palestin yang terbunuh ketika serangan Israel yang terbaru ke atas Semenanjung Gaza meningkat kepada 26 syuhada setelah seorang budak lelaki berusia 7 tahun meninggal akibat kecederaan serius pada pagi Rabu.

Jurucakap jawatankuasa kecemasan dan ambulans Gaza, Adham Abu Silmiya berkata dalam satu program TV yang dianjurkan oleh jabatan maklumat kerajaan, bahawa para syuhada itu termasuk seorang wanita dan 3 anak.

Serangan Israel itu yang berlarutan sejak Jumaat lepas, mencederakan 96 rakyat Palestin, 30 daripadanya kanak-kanak dan kebanyakannya masih menerima rawatan perubatan di hospital, Abu Silmiya mengatakan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati