Selasa, 20-03-2012 – Askar Israel dilaporkan telah menyerang pada lewat malam hari Ahad, perkampungan Nabi Saleh di pusat bandar Ramallah, Tebing barat dengan memecah masuk serta menggeledah ke dalam beberapa buah rumah dan berikrar akan meneruskan serangan dan pencerobohan jika penentangan diteruskan.
Sumber tempatan melaporkan bahawa askar-askar Israel tanpa belas kasihan menceroboh dan menggeledah rumah penduduk dan menyebabkan kerosakan harta benda.
Sumber itu juga menambah, askar tersebut juga merakam video pencerobohan rumah, termasuk wanita dan kanak-kanak yang sedang ketakutan. Askar kemudian berundur dari perkampungan tersebut tanpa sebarang tangkapan.
sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon