Categories
Berita Semasa

Para Peneroka Menyerang Beberapa Buah Rumah di Hebron

Selasa, 20-03-2012 – Sekumpulan peneroka pelampau Israel bersenjata dari penempatan haram di luar kawasan Ramat Yishai, di selatan Tebing Barat bandar Hebron, pada Ahad lalu waktu malam menyerang beberapa rumah penduduk Palestin di kawasan Tal Romedia, dan mengejar kanak-kanak di sekitar sambil mengutuk mereka.

Agensi Maklumat dan Berita Palestin, WAFA, melaporkan bahawa peneroka-peneroka menakutkan beberapa orang kanak-kanak yang lari daripada mereka, menjerit dan menggunakan perkataan-perkataan yang kotor.

Pemastautin Hisham Al-Azza, salah seorang penduduk di Tal Romedia, menyatakan bahawa para peneroka memecah masuk ke rumahnya sambil mencerca beliau dan keluarganya, dan juga memegang anak lelakinya, Younis, 8, dalam keadaan gelap selama satu jam.

Al-Azza menambah lagi Polis Israel berada di kawasan tersebut namun tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menghentikan peneroka-peneroka itu atau menghalau mereka pergi.

Serangan ini adalah salah satu daripada siri serangan dan pencabulan terbaru yang dilakukan oleh peneroka pelampau Israel terhadap penghuni tetap dan tanah mereka di penempatan Tebing Barat, termasuk di penempatan Timur Baitulmaqdis.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas