Selasa, 20-03-2012 – Jurucakap Gerakan Perjuang Islam, Hamas menyeru Gerakan Fatah untuk komited dengan cadangan jawatankuasa kebebasan agar berhenti melakukan penangkapan politik dan memberi kesempatan untuk urusan politik di Tebing Barat tanpa tekanan demi menjamin transisi ke fasa pelaksanaan proses pilihanraya umum.
Abu Zuhri menolak tuduhan bahawa pihaknya menghalang perpaduan yang dilontarkan sebahagian pihak kepada gerakan Hamas, yang dilatarbelakangi penolakan mengizinkan pihak berkuasa memulakan pendataan pemilih. Beliau menegaskan bahawa gerakan Hamas dan pemerintah di Semenanjung Gaza telah membuka pejabat urusan pilihanraya di Gaza, sebagai persiapan pendataan pemilih.
Beliau menambah bahawa isu ini berkaitan dengan masalah kebebasan di mana gerakan Fatah belum komited melaksanakan satu perkara pun dari aspek-aspek kebebasan. Ini merujuk kepada berterusannya penangkapan dan penahanan politik, penutupan persatuan-persatuan, penghapusan keamanan, pemecatan pegawai, serta sekatan kebebasan kerja politik dan media.
sumber : COMES
penterjemah : Osman