Categories
Berita Semasa

Ketua JI Kutuk Israel Guna Anjing Terhadap Rakyat Palestin

Selasa, 20-03-2012 – Ketua Jamaat al Islami Pakistan, Syed Munawar Hasan telah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan askar-askar Israel yang melepaskan anjing terhadap penunjuk perasaan Palestin. Beliau turut menggelarnya sebagai satu daripada pencabulan terburuk terhadap hak asasi manusia dan kebebasan awam yang dilakukan di hadapan media Barat, dalam masa yang sama rejim-rejim mereka terus menyembunyikan jenayah ke atas pencabulan hak-hak asasi Palestin.

Sebagai tindak balas atas kejadian pada hari Sabtu itu, beliau berkata laporan dan rakaman yang dikeluarkan oleh media cetak dan elektronik telah jelas menunjukan wajah fasis Israel. “Anjing itu telah mengheret rakyat Palestin yang tidak bersalah dengan masih berlumuran darah, manakala tentera Israel menikmati adegan kejam tersebut,” katanya kesal.
Beliau berasa kesal akan nasib umat Islam di Palestin yang menghadapi kekejaman di tangan tentera Israel di bawah naungan Amerika Syarikat namun begitu tiada pihak yang mengutuk keganasan ini. Tambahnya, “Malah pemerintah sebanyak 57 negara-negara Islam juga telah berdiam diri atas isu serius ini” .

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah