Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Hamas melawat Switzerland

Selasa, 20-03-2012 – Ahli Parlimen Hamas Ismail Al-Ashqar tiba di Geneva pada Ahad dalam lawatan kedua seumpamanya oleh para ahli parlimen Hamas ke Switzerland dalam masa 2 bulan.

3 orang ahli parlimen Hamas tiba di Switzerland 2 bulan lepas dalam lawatan 10 hari di mana mereka bertemu pegawai dan ahli parlimen Switzerland.

Kesatuan reformasi yang bekerjasama dengan gerakan Hamas itu berkata di dalam kenyataan akhbarnya bahawa Ashqar, ketua jawatankuasa keselamatan dan timbalan ketuanya akan menyampaikan ucapan kepada jawatankuasa hak asasi manusia PBB pada Isnin yang menumpukan pada isu ahli parlimen Palestin ditahan di penjara Israel. Ia memaklumkan bahawa ahli parlimen itu akan tetap berada di Switzerland untuk beberapa hari.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati