
Selasa, 20-03-2012 – Shalabi Hana’a tahanan Palestin memasuki hari ke 32 mogok lapar pada hari Ahad dengan kesihatannya bertambah merosot.
Keluarga Shalabi merayu kepada PBB, Palang Merah, jawatankuasa kuartet antarabangsa, parlimen dunia, dan kumpulan hak asasi manusia untuk campur tangan kerana beliau terutamanya selepas dia berhenti memakan garam dan hanya minum air.
Keluarga itu berkata bahawa dengan permulaan bulan kedua dalam mogok lapar Shalabi kehilangan 13 kilogram berat badannya dan mengalami degupan jantung tidak menentu, paras gula rendah dalam darah, dan peningkatan dalam natrium, yang negatif menjejaskan buah pinggang serta tidak dapat tidur kerana sakit tenat.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada