
Jumaat, 23-03-2012 – Penyelidik warga Palestin dengan kepakaran didalam hal ehwal tahanan, Riyadh Al-Ashqar berkata, askar-askar Israel telah memecah masuk ke penjara-penjara dan pusat-pusat tahanan sebanyak 6 kali pada minggu lalu, menyerang dan mencabul hak-hak tahanan rakyat Palestin serta mencederakan sebelas tahanan.
Menurut Al-Ishqar pada hari Jumaat, pasukan tentera penyamar Israel memecah masuk ke 6 pusat tahanan utama, dimana tahanan politik rakyat Palestin ditahan, dan memindahkan lebih 200 orang tahanan ke penjara dan pusat tahanan yang lain, disamping mengurung 8 orang tahanan secara bersendirian serta mengenakan sekatan lanjut ke atas tahanan-tahanan tersebut.
Askar-askar melancarkan serangan bom gas ke arah para tahanan dan menyerang mereka dengan menggunakan baton; sebelas tahanan cedera, sebahagian mereka mengalami gegaran otak dan tulang retak, manakala yang lain lemas setelah menghidu gas serangan tentera tersebut
sumber : IMEMC News
penterjemah : amsyar