Categories
Berita Semasa

Pertahanan Awam: “85 Kebakaran Di Gaza Berpunca Daripada Litar Janakuasa Dalam Masa Dua Bulan”

Jumaat, 23-03-2012 – Jabatan Pertahanan Awam di Semenanjung Gaza mengesahkan bahawa 85 kebakaran tercetus di Semenanjung Gaza pada bulan Januari dan Februari disebabkan oleh litar janakuasa, dan isu-isu berkaitan tenaga, dan juga dua kebakaran terakhir berpunca daripada penjana kuasa yang rosak.

Dalam laporannya, jabatan tersebut menyatakan bahawa 10 kebakaran berlaku pada bulan Januari dan Februari disebabkan oleh letupan daripada dua janakuasa utama.

Ia juga melaporkan bahawa 75 kebakaran berlaku disebabkan oleh kerosakan elektrik, gangguan bekalan kuasa, transformer yang terbakar, kerosakan wayar elektrik, dan lilin yang digunakan di rumah. Anggaran 51 kebakaran yang berlaku di Gaza disebabkan oleh faktor-faktor lain yang juga berkaitan dengan gangguan bekalan kuasa yang berterusan dan berulang-ulang.

Semenanjung Gaza mengalami krisis yang meruncing sejak satu-satunya stesen janakuasa di Gaza terhenti kerana kekurangan bahan api diesel, kesan daripada pengepungan haram Israel ke atas kawasan pesisiran pantai.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas