
Jumaat, 23-03-2012 – Presiden Tunisia, Al-Muncef Al-Marzouki bersetuju untuk menjadi Penaung kepada Persidangan Rakyat Palestin di Eropah, yang dijadualkan akan diadakan di Denmark pada 28 April 2012. Adel Abdullah, Setiausaha Agung bagi persidangan tersebut memaklumkan Media Quds pada Sabtu lalu selepas bermesyuarat dengan Presiden Tunisia, bahawa presiden itu memang ‘bersama’ dengan rakyat Palestin yang hidup ditindas.
Katanya lagi, pendirian Marzouki itu tidak mengejutkan kerana beliau memang terkenal melakukan aktiviti-aktiviti hak kemanusian dan sentiasa menyokong aspirasi Palestin. Abdullah juga memberitahu bahawa semua ahli politik Tunisia menyokong aspirasi negara dan rakyat Palestin. Mereka semua menzahirkan rasa hormat terhadap rakyat Palestin dan penentangan mereka terhadap penjajahan rejim Zionis.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa