
Jumaat, 23-03-2012 – Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB mengkritik rejim Israel kerana menggunakan senjata terhadap rakyat Palestin yang tidak bersenjata serta kerana meningkatkan pemusnahan harta benda.
Organisasi antarabangsa itu memaklumkan dalam satu laporan bahawa rejim Israel memusnahkan 574 bangunan rakyat Palestin dalam tempoh Disember 2010 hingga pertengahan November 2011 termasuk 203 kediaman dan menyebabkan 957 warga Palestin merempat.
Laporan tersebut juga menyatakan Israel berdegil dengan polisi pemusnahannya terhadap kediaman-kediaman rakyat Palestin sehingga mengenakan syarat ketat dalam mengeluarkan permit bangunan baru. Laporan itu turut menyifatkan tindakan itu sebagai melanggar undang-undang dan doktrin antarabangsa.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati