
Jumaat, 23-03-2012 – Tentera Zionis Israel (IOF) menangkap 6 rakyat Palestin pada waktu subuh hari Selasa di wilayah-wilayah Nablus, Al-Khalil, Jenin, dan Ramallah.
Saksi-saksi di Nablus berkata bahawa askar IOF memecah masuk ke rumah Mohammed Al-Khandakji di pinggir bandar barat bandar sebelum subuh hari ini dan menahan anak perempuannya Amani, 27. Bapa beliau memberitahu Akhbar Quds bahawa askar itu dengan ganasnya memberkas anak perempuannya dan merampas komputer peribadinya.
Amani adalah saudara Basem Khandekji, yang sedang menjalani tiga hukuman penjara seumur hidup di Israel yang merupakan ahli jawatankuasa pusat parti Shaab. Ayah beliau berkata bahawa askar-askar yang menahan anaknya memaki dengan kata-kata kesat semasa operasi, dan berpendapat bahawa penahanan anak perempuannya bertujuan untuk memberi tekanan kepada anaknya yang sedang menerbitkan artikel dari penjara mengenai penderitaan banduan di dalam penjara Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen