
Jumaat , 30-03-2012 – Kementerian Tahanan Palestin melaporkan, tahanan politik Palestin di Nafha, Majiddo, Galboa’ dan Ramon, penjara Israel, menolak makanan mereka pada hari Khamis, Jumaat dan pagi Sabtu untuk membantah ujian DNA yang dilakukan secara paksa terhadap mereka oleh tentera Israel yang mengacukan senjata mereka pada tahanan.
Kemeterian itu menjelaskan, tentera Israel menyerbu masuk ke dalam bilik tahanan dan membawa mereka seorang demi seorang ke dalam satu sel kecil dimana mereka diikat pada kerusi dan sampel DNA diambil daripada secara paksa.
Seorang tahanan, Jamal Rajoub, mewakili tahanan di Penjara Ramon, menyatakan bahawa ujian yang dijalankan secara paksaan dan memalukan semasa tentera mengekstrak DNA dalam bentuk folikel daripada bahagian tubuh yang berbeza, kadang-kala daripada pusat dan juga daripada dada, ketiak dan juga kepala.
sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon