Categories
Berita Semasa

Gasin Nafi Penangkapan Abu Aithah

Jumaat , 30-03-2012 – Pemerintah Palestin menafikan penangkapan terhadap jurucakap gerakan Fatah, Fayez Abu Aithah atau sesiapapun daripada anggota Fatah di Gaza.

Sebelumnya, gerakan Fatah dalam keterangan akhbar menuding ke arah pihak keselamatan Gaza yang dikatakan menangkap Abu Aithah serta puluhan kadernya di Gaza yang jumlahnya mencapai 50 orang.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza, Ihab Gasin dalam pernyataannya kepada wartawan Quds Press mengatakan, tidak ada sebarang penangkapan terhadap anggota dan pimpinan Fatah di Gaza. Nama-nama yang disebutkan pihak Fatah juga tidak benar. Saya berani membawa sesiapapun bersama media untuk pergi ke rumah-rumah mereka yang didakwa ditangkap pihak keselamatan Gaza. Mereka akan bertemu dengan mereka yang masih berada di rumahnya. Tidak ada sebarang penangkapan terhadap anggota gerakan Fatah, tegasnya.

Gasin menambah bahawa gerakan Fatah sudah biasa melakukan penipuan untuk menutup kejahatan yang telah dilakukannya, seperti menambah penderitaan sekatan dan penangkapan politik di Tebing Barat.

sumber : COMES
penterjemah : Osman