Categories
Berita Semasa

Bahar menggesa agar perhebatkan tekanan terhadap penjajahan supaya MP dapat dibebaskan

Isnin , 16-04-2012 – Timbalan Speaker PLC, Dr. Ahmed Bahar menggesa semua pihak memperhebatkan tekanan ke atas kerajaan rejim Zionis supaya membebaskan anggota-anggota Parlimen (MP) yang berada di dalam tahanan mereka. Kegiatan tangkapan politik ini semakin berleluasa kebelakangan ini.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu lalu, Bahar menyeru agar semua pihak memberi sokongan daripada pelbagai segi terhadap MP Ahmed Hajj Ali yang sudah tua dan menderita pelbagai jenis penyakit. MP itu kini sedang melakukan mogok lapar bermula Selasa dan akan diteruskan sehingga beliau dibebaskan.

Dr. Bahar turut melahirkan rasa hairan dengan pendirian membisu organisasi-organisasi antarabangsa dan hak-hak kemanusiaan melihat jenayah terancang ini. Kerajaan rejim Zionis terus-menerus menzalimi dan mencabul hak-hak para anggota Parlimen (MP) yang dipilih sendiri oleh rakyat. Beliau juga merasa hairan berhubung ketiadaan inisiatif
yang mengutuk amalan penjajah terhadap para MP.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa