Ikhwan Utus Surat Peringatan Kepada Negara-negara Arab

Selasa ,01/08/2006 –
Susulan serangan Israel ke Qana, gerakan Ikhwanul Muslimin (IM) mengirimkan surat peringatan kepada negara-negara Arab yang hanya diam membisu melihat
kebiadaban Israel terhadap rakyat awam Lebanon.

Dalam suratnya bertarikh 30 Julai 06, IM mengatakan negara-negara Arab harus bertanggungjawab atas
serangan dan pencerobohan Israel terhadap penduduk awam Qana. Mereka harus ertanggungjawab membalas semua kekejaman Israel ini.

Pihak IM menambah, dunia Arab tunduk di bawah kesombongan Israel dan menyematkan kehinaan kepada rakyat Palestin dan Lebanon dengan membiarkan mereka bersendirian berperang melawan Israel dan Amerika. Keadaan ini membuat musuh-musuh Islam bertambah sombong dan semakin galak menghina kaum muslimin.

Sebelumnya negara-negara Arab pimpinan Saudi, Mesir dan Jordan mengkritik Hizbullah dan
menganggapnya bertanggungjawab atas serangan Israel ke Lebanon. Ini kerana kumpulan tersebut telah menawan 2 tentera Israel dan membunuh 8 yang lain dalam operasi ketenteraannya 12 Julai lalu.

Negara-negara tersebut menganggap langkah Hizbullah itu sebagai petualang yang tidak
bertanggungjawab dan tidak memberikan kebaikan apa-apa kepada dunia Arab.
Namun dengan meningkatnya serangan Israel ke wilayah Lebanon yang mengganas terhadap warga awam serta kemusnahan banyak infrastruktur, dunia Arab mula memberikan bantuan kesihatan dan makanan di samping menggalakan semua pihak memberikan pelbagai bentuk sumbangan kepada rakyat awam Lebanon.

Langkah ini menurut ahli politik sebagai usaha untuk menutup kelemahan serta untuk menyembunyikan
ketundukan mereka kepada Amerika dan Israel.