
Khamis, 19-04-2012 – Ahli Biro Politik Hamas, Ezzet Al-Resheq telah memuji dan mengalu-alukan tindakan Menteri-menteri Belia negara-negara Arab serta Kelab Sukan Jordan yang membuat keputusan untuk memboikot syarikat Adidas.
Resheq dalam kenyataan akhbar yang disiarkan di laman Facebook beliau Ahad lepas, menggambarkan tindakan tersebut sebagai keputusan yang mulia yang diambil oleh para menteri dan kelab Yarmouk Jordan tersebut.
Menteri-menteri Arab telah memutuskan dalam mesyuarat Riyadh pada 5 April untuk memboikot Adidas atas penajaan satu maraton Israel yang dianjurkan di kawasan pendudukan Baitulmaqdis. Mereka juga memutuskan untuk menganjurkan maraton Arab dengan slogan “Baitulmuqaddis Milik Kita” di semua negara-negara Arab pada tarikh yang sama dengan maraton Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah