Categories
Berita Semasa

Pesawat peninjau Israel melepaskan peluru berpandu ke arah padang Palestin

Khamis, 19-04-2012 – Sebuah pesawat peninjauan Israel melepaskan peluru berpandu ke arah lot tanah tanaman di timur bandar Gaza awal pagi Isnin lalu tetapi tiada kecederaan dilaporkan, menurut sumber tempatan.

Menurut sumber tersebut, peluru berpandu itu meletup di kawasan antara pinggir bandar Zaitun dan Shujaiah di bandar Gaza. Mereka berkata bahawa kawasan yang sama adalah sasaran serangan meriam pada malam Ahad lalu. Sumber perubatan berkata bahawa krew ambulans melalui kawasan tersebut dan tidak menjumpai apa-apa kecederaan selepas pengeboman.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul