Rabu ,02/08/2006 – Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Mishaal (gambar) menyeru agar meningkatkan penentangan terhadap penjajah
zionis Israel dan melakukan koordinasi dengan pejuang Hizbullah sebagai respons terhadap serangan
di Qana Lebanon yang menyebabkan lebih dari 60 orang terkorban dan majoritinya adalah kanak-kanak
dan wanita.
Mishal menambah, balasan atas serangan Israel ini tidak mungkin dilakukan kecuali dengan
meningkatkan perjuangan di Palestin dan Lebanon. Beliau menyatakan bahawa umat dan bangsa ini tidak
memiliki apa-apa kecuali projek perjuangan untuk membela wanita dan anak-anak serta aset-aset sucinya ketika zionisme–Amerika melakukan segala kejahatan tanpa perhitungan.
Pemimpin Hamas ini menambah, koordinasi antara gerakannya dengan Hizbullah termasuk hal yang
pasti. Beliau mengingatkan agar pada waktu yang sama rakyat Palestin di dalam negeri dan luar negeri
agar berusaha menyelesaikan masalah Palestin dan apa yang terjadi di Lebanon.
Perang terbuka
Pernyataan ini disampaikan Mishaal ketika gerakan Hamas melakukan kecaman akan melakukan perang
terbuka terhadap Israel susulan perang terbuka yang dilakukan Israel di Lebanon.
Jurucakap dan wakil Hamas di parlimen Palestin, Mushir Misri menyatakan bahawa apa yang terjadi
hari ini di Qana sebagai kejahatan perang, terorisme negara dan melampaui semua batas-batas
peperangan. Antaranya adalah serangan Qana oleh Israel beberapa tahun lalu dan pengeboman pejabat
perwakilan PBB pada April 1996. Beliau menyatakan, semua pilihan terbuka di hadapan pejuang Palestin dan Lebanon untuk membalas kejahatan dan terorisme Israel ini.
Sementara itu PM Palestin, Ismail Haneyyah menyatakan bahawa perang yang dilakukan Israel atas Lebanon dan Palestin akan gagal. Beliau juga menyeru kepada PBB agar memberikan hukuman setimpal kepada Israel yang melanggar undang-undang antarabangsa.