Peluru Berpandu Qassam memusnahkan bangunan di Nahal Oz

Rabu ,02/08/2006 –
Pusat Komersil Israel di Nahal Oz musnah apabila peluru berpandu Qassam dari Jalur Gaza tepat mengenai kawasan berkenaan menurut berita Hebrew, Yedioth Ahronoth. Menurutnya salah satu peluru berpandu telah mengenai stor kedai makanan yg menyebabkan kemusnahan bangunan tersebut. Selain itu kemusnahan turut berlaku di Shaar Hanegey yg mengenai beberapa buah rumah.

Menurut laporan itu, bunyi siren hanya kedengaran apabila peluru berpandu sudah mengenai sasaran dan menurut ketua bahagian keselamatan, kawasan di Barat Negev adalah kawasan yg paling bahaya kerana system amaran gagal berfungsi dengan baik.

Semalam Israel melancarkan serangan udara yg memusnahkan kedai makanan di Bandar Gaza sementara askar2 rejim Israel masih meneruskan serangan tanpa henti ke atas kawasan perlindungan residen dan infrastruktur di jalur Gaza sejak sebulan lalu.

Sementara itu, sayap tentera yg berpengaruh dan Pergerakan Fatah mengesahkan bertanggungjawab menggunakan dua peluru berpandu yg telah di kemaskini menembak kawasan2 Israel.

Selain itu, sayap tentera Fatah ini juga mengguna tiga mortar menembak rejim Israel di Nahal Oz. Kesemua sayap tentera ini berkata mereka akan menghukum tindakan Israel yg memusnahkan perkampungan Qana yg telah membunuh 60 org tidak berdosa termasuk kanak2 dan wanita.