Rabu ,02/08/2006 –
Lihatlah bagaimana Israel membunuh kanah-kanak Lubnan yang tidak bersalah di dalam ‘peperangan bela diri’ mereka terhadap Hizbullah. Umum mengetahui bahawa Hizbullah menangkap beberapa orang askar Israel semata-mata untuk ditukar dengan tawanan-tawanan di dalam penjara Israel (pertukaran seperti ini pernah berlaku) dan Israel terus melancarkan perang.
Ini adalah peperangan yang telah lama dirancang oleh Israel dan mereka menggunakan alasan yang kecil untuk menjadikan rancangan mereka suatu realiti. Betapa dahsyatnya tindakan Israel. Sedahsyat pencerobohan Amerika ke atas Iraq. Ini bukanlah tindakan membela diri tapi ia adalah suatu yang bodoh! Bagaimana mereka boleh memusnahkan Hizbullah yang mewakili 35% rakyat Lubnan dan dalam masa beberapa minggu lepas mereka telah menjadi badan politik serta ketenteraan yang dominan di Lubnan?
Israel tidak sepatutnya melawan Hizbullah. Mereka patut berunding dengan Hamas, pemimpin yang dipilih secara demokratik oleh rakyat dan mengiktiraf hak kewujudan Palestin serta melindungi rakyat yang miskin. Rakyat Palestin telah ditindas oleh Israel sejak 1948 di negara mereka sendiri. Hanya dengan jalan perundingan, keamanan akan wujud di rantau Asia Barat. Mengapa begitu susah untuk melaksanakan perkara semudah ini??

Rakyat Israel bukan lagi Yahudi! Ternyata terdapat jurang yang besar di antara rakyat Israel dan Yahudi.
Susah bagi Israel kerana sifat mereka, ‘kalau kamu pijak kaki saya, saya akan bom kepala kamu.’ Payah bagi Israel untuk berunding dengan sesiapa kerana mereka merasakan bahawa mereka adalah orang-orang pilihan Tuhan dan Tuhan telah memberi mereka hak untuk membunuh orang Arab. Sukar bagi Israel kerana mereka Anti-Arab. Berat bagi Israel kerana mereka bukan lagi Yahudi. Mereka telah menyeleweng kepada ideology Nazi.
Hari ini Israel telah memberikan gambaran paling buruk dan memalukan masyarakat Yahudi seluruh dunia. Di mana-mana sahaja mereka berada. Sudah tiba masanya bagi masyarakat Yahudi di luar Israel untuk menjauhkan diri dari ‘saudara-saudara’ mereka di Israel.
Inilah saatnya masyarakat Yahudi di Amerika meluahkan kata hati mereka kepada Israel: Kamu semua bukanlah Yahudi yang sebenarnya. Kamu telah memalukan bangsa kamu, iman kamu, sejarah kamu dan tradisi kamu.Kamu pernah terselamat dari sejarah jenayah paling kejam iaitu Holocaust dan kamu telah mula mencipta Holocaust kepada orang lain. Jangan datang kepada kami dalam keadaan menangis jika suatu hari nanti masyarakat Arab menjadi lebih kuat dari kamu dan cuba menghapuskan kamu dari muka bumi. Jika ia berlaku, maka kamu selayaknya menerima hukuman itu.
Rakyat Israel bukan lagi Yahudi! Ternyata terdapat jurang yang besar di antara rakyat Israel dan Yahudi. Masyarakat Yahudi di Amerika sedar bahawa sekiranya kamu pro-Israel, maka kamu adalah anti-yahudi sehinggalah Israel mengiktiraf hak Palestin untuk wujud dan menyerahkan Palestin kepada rakyatnya. Mereka bukan Yahudi. Mereka pengkhianat!!!!