
Selasa, 08-05-2012 – Rami Issam Suleiman, pemimpin gerakan tahanan berkata dari sel pengasingannya di penjara Jalama di dalam suratnya kepada Pusat Ahrar untuk Kajian Tahanan dan Hak Asasi Manusia bahawa gerakan tersebut tetap tekad untuk meneruskan mogok sehingga tuntutan mereka dipenuhi terutamanya tentang pengakhiran polisi pengasingan.
Tahanan berusia 31 tahun itu menyatakan di dalam suratnya bahawa usaha perkhidmatan penjara untuk memisahkan gerakan para tahanan merupakan bukti kegagalan rejim. Para tahanan telah masak dengan helah sedemikian, katanya.
Manakala Fouad Khuffash, pengarah Pusat Ahrar berkata bahawa Rami Suleiman tidak tahu menahu tentang aktiviti kempen mogok lapar sejak diasingkan. Khuffash menambah bahawa pihak rejim sedang memberi tekanan psikologi terhadap para tahanan agar mereka menghentikan mogok.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati