
Jumaat , 11/05/2012 – Para tahanan penjara berketurunan Palestin yang kini sedang melakukan mogok lapar di Penjara Nafha, milik rejim Zionis, berkata bahawa mereka akan melakukan mogok lapar peringkat kedua pada Isnin ini.
Mereka berkata demikian pada Ahad lepas selepas melancarkan mogok lapar selama 20 hari, yang merupakan satu ‘legenda ketabahan’. Menurut mereka lagi, peringkat kedua mogok lapar ini akan mengandungi banyak kejutan buat ‘musuh rejim Zionis.’ Kata mereka, “Kami memulakan pertarungan dengan perut kosong yang bermula pada 17 April bagi memaklumkan kepada dunia tragedi hidup kami serta meminta hak-hak asasi kemanusiaan kami diberikan.”
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa