
Jumaat , 11/05/2012 – Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap Gerakan Hamas, merasakan tseruan EU kepada rejim Israel agar menghormati hak asasi tahanan dan memberikan rawatan perubatan sebagai tidak memadai.
Dalam satu kenyataan akhbarnya pada Selasa, beliau menyeru kepada tindakan praktikal yang akan menjamin para tahanan, memenuhi hak perundangan dan kemanusiaan serta menamatkan kesengsaraan yang berpunca daripada keadaan kesihatan yang semakin teruk.
Abu Zuhri menyelar AS kerana membantu rejim Zionis terutamanya baru-baru ini kerana meluluskan geran ketenteraan berjumlah 1 billion dollar.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati