Askar Israel menahan seorang Isteri untuk mendapatkan ahli Qassam.

Jumaat ,04/08/2006 –
Rejim Israel menahan Miyassar Dudin, 35, isteri kepada ahli Qassam, Adbul Majid Dudin, iaitu org yg dicari oleh Israel lebih 12 tahun di daerah Al_Khalil.


Menurut sumber Palestin, askar Israel memasuki Bandar Dora dan memecah masuk rumah Mohammed Abu Zunaid sebelum mengambil anak Miyassar yg bekerja sebagai guru.Rejim Israel juga memberitahu anak2 Miyassar yg ibu mereka ditahan untuk di soal-siasat.

Miyassar telah pergi ke rumah ayahnya untuk mengucapkan tahniah pada abangnya Nasser, 50 yg dibebaskan malam semalam selepas tiga bulan di tahan di penjara Askalan. Askar Israel masih lagi menahan adik beradiknya yg lain iaitu abang Miyassar, Mahmoud dan sepupunya Mohammed dan baru sahaja membebaskan abang ketiga Miyassar, Ali selepas menahannya selama 10 hari.

Askar Israel menahan keluarga Abu Zunaid secara sistematik kerana mahu mendesak supaya Dudin menyerah diri.