Jumaat ,04/08/2006 –
Beberapa sumber media Israel menyebutkan, tentera Zionis meminta kepada pihak kerajaan
untuk mengkaji semula kebenaran penggunaan telefon bimbit yang digunakan ketika peperangan
berlangsung di Selatan Lebanon
Permintaan ini disampaikan setelah seorang tentera Israel bernama Safik mengatakan adanya
penggunaan telefon bimbit secaraberlebihan oleh seorang komandan Israel yang menyebabkan bencana buruk dalam perang. Terutama setelah timbul berita bahawa Hizbullah memiliki teknologi pengesan telefon bimbit.
Safik menegaskan, pihak Hizbullah mampu menggunakan teknologi ini untuk mendengar percakapan antara pegawai tentera atau tentera dengan ibu, ayahnya atau teman perempuan mereka. Beliau menegaskan sebahagian tentera dan komandan Israel tewas ketika menggunakan alat komunikasi ini.
Para pemerhati menyatakan, tersebarnya maklumat ini di kalangan wartawan Israel setelah pihak
kerajaan memberi beberapa alasan membenarkan kerugian fizikal yang terpaksa ditanggung negara zionis dalam perang dan pertempuran dengan Hizbullah. Para pemerhati juga mengatakan, Hizbullah memiliki teknologi canggih dan strategi militan yang efektif serta mampu melancarkan serangan tepat ke
tentera Israel dan menimbulkan kerugian di pihak Israel.