Categories
Berita Semasa

Isu Mogok Lapar, Ki-Mon: Adili Mereka Atau Bebaskan

Jumaat , 11/05/2012 – Forum Palestin di Britain, Rabu (9/5), melakukan demonstrasi di depan kedutan besar Israel di London, dalam ragkaian kegiatan sokongan untuk tawanan Palestin yang melakukan mogok lapar yang dilakukan sejak dua minggu lalu. Bersama beberapa badan di Britain, Forum Palestin mengadakan sejumlah demonstrasi di depan parlimen Britain dan di depan pejabat pemerintah di London.

Hari Sabtu (5/5) lalu, Forum Palestin di Britain dan sejumlah badan di Britain, sudah menyerahkan surat kepada PM Britain, David Cameron yang memintanya menurunkan tanda tangan memaksa eniti Zionis Israel memenuhi tunutan kemanusiaan para tawanan.

Pemimpin Forum Palestin Britain, Zaher Bairawi mengatakan bahawa Forum Palestin akan terus menyelenggarakan kegiatan-kegiatan ini selama para tawanan terus melakukan “perang perut kosong”.

sumber : COMES
penterjemah : osman